Friday 2 September 2016

benua eropa

BENUA EUROPA


Benua Eropa mempunyai luas daratan sebanyak 10,180,000km . Manakala populasi penduduk 738,199,000 orang. Jumlah negara yang terdapat di Benua Eropah ialah sebanyak 45 negara. Aktiviti utama masyarakat di Benua Eropah ialah pertanian. Masyarakat menanam anggur, membuat jeruk dan menanam sayur-sayuran. Contoh pelabuahan paling sibuk adalah di London.

benua australia

Benua australia


Benua Australia merupakan benua yang terkecil di permukaan bumi iaitu dengan luas daratan sebanyak 9,008,500 km iaitu merangkumi hanya 5.9% dari permukaan dunia. Populasi penduduk di Benua Australia ini ada sebanyak 29,127,000 orang. Manakala jumlah negara ada 14 buah negara sahaja. Apa yang menarik tentang Benua Australia ini ialah benua ini tidak pernah terkena gempa bumi, tsunami atau ledakan gunung berapi. Australia merupakan pengimport terbesar dalam produk pertanian. Bijirin dan biji minyak ditanam dalam skala yang besar. Selain tanaman, Australia merupakan pengeluar terbesar tenusu,buah-buahan, haiwan dan lain-lain. Australia sangat berkembang maju dalam sektor ekonomi.

benua antartika

Benua antartika


Benua daratan mempunyai luas daratan sebanyak 13,720.000km hanya 9.2% sahaja dari permukaan daratan. Populasi penduduk di Benuua Antartika adalah sebanyak  4,490 orang. Tidak ramai orang mendiami benua ini kerana suhu terlampau sejuk iatu pada -70 hingga ke -85 darjah Celcius. Penempatan manusia hanya tertumpu di Benua Antartika Tengah sahaja kerana tempat tersebut lebih banyak menerima cahaya matahari. Di Benua  Antartika ini tidak mempunyai negara kerana PBB telah mengitisyhtiharkan bahawa Antartika adalah hak milik bersama. Meskipun Benua Antartika ini mempunyai suhu sejuk yang melampau, benua ini kaya dengan hasil galian bahan-bahan mentah seperti  besi, arang, uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium, minyak dan gas. Kegiatan utama penduduk Antartika ialah memburu binatang dan menangkap ikan.

benua amerika

Benua amerika



Benua Amerika terbahagi kepada dua wilayah iaitu Benua Amerika Utara dan Benua Amerika Selatan. Benua Amerika Utara mempunyai keluasan daratan sebesar 17,840,000km2  .Jumlah populasi di Benua Amerika Utara ialah sebanyak 392,555,000 orang. Sebanyak 12 buah negara yang terdapat di dalam Benua Amerika Utara. Manakala, Benua Amerika Selatan mempunyai keluasan daratan sebanyak 8,515,770 km . Jumlah populasi masyarakat di Benua Amerika Selatan adalah sebanyak 204,259,812 orang. Benua Amerika Syarikat mempunyai 3 buah negara sahaja iaitu Peru, Brazil dan La Plata. Kegiatan utama masyarakat Benua Amerika ialah bercucuk tanam. Tanaman yang mereka tanam adalah seperti jagung dan juga soya. Kegiatan aktiviti yang lain ialah menternak haiwan seperti lembu,khinzir,ayam, dan juga kuda.

benua eropa

BENUA afrika


Benua Afrika ialah benua kedua yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah luas daratannya dan jumlah penduduknya. Luas daratan di Benua Afrika ialah 30,370,000 km yang menutupi sekitar 20% daratan yang ada di bumi. Jumlah negara di dalam Benua Afrika ialah sebanyak 54 buah negara. Benua Afrika terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Benua Afrika Timur, Benua Afrika Tengah, Benua Afrika Selatan, Benua Afrika Barat dan juga Benua Afrika Utara. Jumlah populasi masyarakat Benua Afrika ialah sebanyak 1,186,178,000 juta orang. Aktiviti utama masyarakat Benua Afrika ialah galian. Sebagai contoh, Benua Afrika Selatan kaya dengan hasil galian yang bernilai tinggi seperti emas, platinum dan juga berlian. Contoh- negara Benua Afrika Selatan yang kaya dengan hasil galian ini ialah Afrika Selatan, Zimbabwe, Botswana, Lesotho dan lain-lain.

Thursday 1 September 2016

Benua-benua di Dunia

Mengikut kamus dewan edisi yang ke-4. benua ditakrifkan sebagai sebuah daratan yang sangat luas. Di dalam muka bumi ini, adakah kita tahu bahawa bumi  kita mempunyai 6 benua yang utama? 6 Benua tersebut ialah BENUA ASIA, BENUA EUROPA, BENUA AFRIKA, BENUA AMERIKA, BENUA AUSTRALIA, BENUA ANTARTIKA. 


 Benua asia



Adakah anda tahu Benua Asia mempunyai 45 buah negara di dalamnya? Benua Asia mempunyai luas daratan 44,579,000 km2 atau sekitar 29.5% dari jumlah luas daratan di bumi. Benua Asia juga merupakan benua yang terbesar di dunia.  Benua Asia ini  terbahagi kepada 5 kawasan utama iaitu Benua Asia Barat, Benua Asia Timur, Benua Asia Tenggara, Benua Asia Tengah dan Benua Asia Selatan. Populisi penduduk di Benua Asia merangkumi sebanyak 4,164,252,000 orang. Kepadatan di Benua Asia lebih tinggi jika ingin dibandingkan dengan kepadatan atau populasi penduduk di benua lain. Aktivi utama masyarakat di Benua Asia ialah bercucuk tanam. Contohnya penduduk yang tinggal di kawasan Benua Asia Tenggara seperti negara ASEAN. Negara-negara ASEAN adalah Malaysia, Indonesia, Singapura, Kamboja, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina dan Brunei Darussalam. Negara-negara ini mengutamakan pertanian sebagai aktiviti utama mereka kecuali Singapura. Hal ini kerana Singapura tidak mempunyai tanah yang cukup untuk bertani. Tanaman utama yang ditanam adalah seperti padi, kelapa sawit,sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.