Thursday 1 September 2016

Benua-benua di Dunia

Mengikut kamus dewan edisi yang ke-4. benua ditakrifkan sebagai sebuah daratan yang sangat luas. Di dalam muka bumi ini, adakah kita tahu bahawa bumi  kita mempunyai 6 benua yang utama? 6 Benua tersebut ialah BENUA ASIA, BENUA EUROPA, BENUA AFRIKA, BENUA AMERIKA, BENUA AUSTRALIA, BENUA ANTARTIKA. 


 Benua asia



Adakah anda tahu Benua Asia mempunyai 45 buah negara di dalamnya? Benua Asia mempunyai luas daratan 44,579,000 km2 atau sekitar 29.5% dari jumlah luas daratan di bumi. Benua Asia juga merupakan benua yang terbesar di dunia.  Benua Asia ini  terbahagi kepada 5 kawasan utama iaitu Benua Asia Barat, Benua Asia Timur, Benua Asia Tenggara, Benua Asia Tengah dan Benua Asia Selatan. Populisi penduduk di Benua Asia merangkumi sebanyak 4,164,252,000 orang. Kepadatan di Benua Asia lebih tinggi jika ingin dibandingkan dengan kepadatan atau populasi penduduk di benua lain. Aktivi utama masyarakat di Benua Asia ialah bercucuk tanam. Contohnya penduduk yang tinggal di kawasan Benua Asia Tenggara seperti negara ASEAN. Negara-negara ASEAN adalah Malaysia, Indonesia, Singapura, Kamboja, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina dan Brunei Darussalam. Negara-negara ini mengutamakan pertanian sebagai aktiviti utama mereka kecuali Singapura. Hal ini kerana Singapura tidak mempunyai tanah yang cukup untuk bertani. Tanaman utama yang ditanam adalah seperti padi, kelapa sawit,sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment